DiskStation Manager 7.0 Beta Sudah Boleh Dimuat Turun

Sandaran data sangat penting pada masa kini terutama bagi perniagaan kerana kehilangan dokumen yang mengandungi maklumat penting berisiko untuk diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab.

Synology adalah salah satu nama besar dalam industri Network Attached Storage (NAS) yang telah dipercayai oleh jutaan pengguna di seluruh dunia termasuk pengguna di rumah mahupun perusahaan multi-nasional.



Mereka telah memperkenalkan DiskStation Manager (DSM) yang direka bentuk semula, sistem operasi bersatu yang mengaktifkan penyelesaian pengurusan data dan penyimpanan, sandaran dan juga teknologi hibrid-awan dalam acara 2021 And Beyond yang lalu.

Selain itu, DSM 7.0 juga hadir buat pengguna seluruh dunia mulai hari ini yang akan memberikan pengalaman yang sempurna dalam pengurusan data.



Terdapat beberapa perkara baharu dalam DSM 7.0 ini iaitu:

  • Fungsi pengurusan storan yang direka semula

  • Sejumlah penambahbaikan kegunaan dan fungsi dipadankan dengan ciri keselamata yang lebih baik

  • Menambah sokongan untuk protokol Fiber Channel bagi mencapai latensi terendah dan penggunaan overhead

  • Pengurusan foto serba baharu dengan Synology Photos dimana menggabungkan ciri AI Synology Moments

  • Penyelesaian inovatif perkongsian hibrid untuk mengintegrasikan awan dan penyimpanan data


DSM 7.0 ini sudah tersedia buat semua produk Synology yang serasi dan beta awam dikeluarkan buat pengguna untuk dimuat turun menerusi pautan ini.

 

Berkaitan