Discord Store Beta Sekarang Sudah Boleh Diakses Di Seluruh Dunia

Sebelum ini kami telah melaporkan sistem chat atas talian terkenal di kalangan gamers, Discord telah mula melancarkan portal pembelian permainan atas talian. Discord Store versi Beta itu kini dikatakan sudah boleh diakses secara global mulai 16 Oktober.

Laman sesawang Discord Store kini berfungsi sepenuhnya dan menawarkan servis mereka kepada semua pelanggan mereka termasuk servis berbayar mereka, Discord Nitro. Mereka menawarkan First on Discord (FOD) yang menampilkan permainan eksklusif untuk platfom mereka.



Untuk servis Discord Nitro, Discord mengenakan caj $9.99 sebulan (RM 41.52) atau $99 setahun (RM 411.44) yang menawarkan lebih 60 permainan tanpa kos tambahan. Antara permainan yang ditawarkan dalam pakej ini adalah Soma dan Metro: Last Light Redux.



Discord juga menawarkan pakej klasik seperti Nitro Classic yang boleh dilanggan dengan jumlah $4.99 (RM 20.74) sebulan. Discord Store boleh dilancarkan dari dalam aplikasi chat mereka sendiri dan menyokong permainan luar yang dibeli dari sumber bukan Discord (mirip dengan apa yang dilakukan Steam).