Pengumuman yang dibuat melalui laman sosial DirectD itu menyatakan, sekiranya mana-mana peranti Huawei yang tidak dapat menjalankan aplikasi Google (masih dalam tempoh waranti), bayaran balik 100% akan dibuat kepada pembeli.
Selain daripada itu, turut disenaraikan adalah aplikasi media sosial popular lain seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp
Tawaran pengembalian wang pembelian ini juga dilihat sama seperti yang dilakukan oleh Huawei di Filipina yang seperti dilaporkan sebelum ini. Walaupunbegitu, tawaran ini nampaknya hanya melibatkan peranti Huawei yang hanya dibeli dari DirectD sahaja. Walaupun begitu, kita perlu menungggu adakah Huawei Malaysia akan menggunakan kaedah sama untuk pengedar lain ataupun tidak.
Ia memperlihatkan keyakinan DirectD walaupun isu ini sememangnya hangat diperkatakan sebulan dua ini dan ia sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada bakal pembeli yang merancang untuk mendapatkannya dari DirectD.
Via: Lowyat.net
Berkaitan
- Huawei Patenkan Rekaan Antaramuka Untuk Ciri Kamera Bawah Paparan
- Huawei Dilihat Menyindir Samsung Galaxy S10 Disamping Mempromosikan Siri P30
- Jangan Lepaskan Peluang Untuk Memiliki Huawei Nova Lite Dengan Diskaun Sebanyak RM300!
- TM Dan Huawei Bekerjasama Sediakan Perkhidmatan Jalur Lebar Yang Lebih Baik
- Huawei Akan Mula Jual Tiga Produk Ini Pada 10 Oktober Depan
- Harga Jualan Huawei Mate 20 Dan 20 Pro Sudah Mula Tersebar
- Huawei, OPPO, Xiaomi Dan Vivo Bekerjasama, Bangunkan Pesaing Google Play Store
- Teknologi 5G - Huawei Masih Untung Walaupun Disekat AS
- Pengguna Celcom Berpeluang Miliki OPPO R17 Pro, OPPO F9, Huawei Nova 3i Secara Percuma
- Huawei Berjaya Kutip Lebih RM3 Juta Dalam Masa 24 Jam Pada Jualan 11.11 Lalu