Diramalkan Pengguna Android Akan Berbelanja Lebih Untuk Langganan Aplikasi Jika Dibandingkan Dengan Pengguna iOS

Pengguna sistem operasi Android dijangkakan akan berbelanja lebih untuk langganan aplikasi jika dibandingkan dengan pengguna iOS.

Laporan ini telah dikeluarkan oleh sebuah firma analisis mudah alih, App Annie, dimana mereka meramalkan sebanyak $41 bilion akan dibelanjakan oleh pengguna Android dan $40 bilion bagi pengguna Apple.

Walaubagaimanapun , angka yang dikeluarkan adalah termasuk aplikasi pihak ketiga dan bukan Google PlayStore sahaja.

Hal ini mungkin disebabkan dari jumlah pengguna Android lebih ramai berbanding pengguna iOS dengan nisbah 5:1.

Turut dilaporkan 5 buah negara yang paling banyak muat turun:

  1. China

  2. India

  3. Amerika Syarikat

  4. Brazil

  5. Indonesia


Negara-negara diatas mewakili 75% daripada keuntungan global pada 2016.

App Annie menjangkakan ia akan meningkat 85% menjelang tahun 2021.

Sumber: The Economic Times