Diperli "Baik Pergi Umrah" Kerana Membeli iphone 11, Rupanya Seorang Doktor Pakar

Pada 27 September yang lalu, Apple secara rasminya telah melancarkan peranti terbarunya iaitu Iphone 11, iphone 11 Pro Dan Iphone 11 Pro Max di Malaysia.

Berbeza dengan tahun sebelumnya, siri iphone terbaru kini hadir lebih awal berbanding tahun lepas di mana Apple melancarkan siri terbaru Iphone 2018 pada bulan Oktober.



Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai satu kecaman ataupun sindiran dari netizen ke atas seorang lelaki yang berpakaian kasual dan berkopiah  agak berusia yang juga merupakan pelanggan terawal yang membeli iPhone 11 Pro Max dengan storan berkapasiti 512GB di Kota Baru Trade Centre, Kelantan.

Netizen mula mengecam beliau supaya menunaikan umrah daripada berhabisan wang membeli telefon pintar yang berharga RM6,499 itu.



Namun begitu, beberapa pengguna twitter lain yang mengenali mendedahkan bahawa beliau merupakan Doktor Awang Nila, seorang Doktor pakar di sebuah hospital swasta dan telah banyak berjasa kepada ramai orang.





Di dalam tweet berkenaan, ramai netizen yang mengecam tindakan pihak yang berburuk sangka kepada doktor tersebut tanpa memeriksa latar-belakang beliau.

Sumber: Yahoo News