Diperkenalkan 'Pac', Matawang Kripto Terbaru Dari Jaguh Tinju Filipina

Didakwa sebagai matawang kripto pertama selebriti.


Juara dan legenda tinju dari Filipina, Manny Pacquiao telah melancarkan mata wang kripto beliau di sebuah konsert percuma di Manila. Ia diumumkan dalam satu konsert percuma yang diadakan di Manila dengan disaksikan oleh lebih daripada 2,000 peminat beliau.

Petinju berusia 40 tahun yang baru sahaja muncul sebagai juara tinju menerusi Kejohanan Welterweight Super WBA pada Julai lalu berharap matawang digital kripto yang dikenali sebagai 'Pac' itu akan membolehkan para peminatnya membeli barang yang dijual olehnya selain berinteraksi dengannya di media sosial.

Mata wang maya Pac tersebut akan tersenarai di Global Crypto Offering Exchange (GCOX) Singapura yang turut menamakan bekas bintang kelab Liverpool, Michael Owen sebagai pelabur swasta bersama kerabat diraja Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khaled Zayed al-Nahyan.

Manny Pacquiao dilihat mengembangkan kariernya dalam pelbagai bidang, tidak terhad hanya dalam sukan tinju sahaja. Beliau yang sudah pun menjadi senator Filipina kini sudah pun tuirut bergelar penyanyi dan menerbitkan album sulungnya yang sedang laris di pasaran muzik Filipina.

Sumber: Reuters