Dipercayai Modul Kamera 3D iPhone 8 Tertiris Di Dalam Gambar

Peranti iPhone 8 dijangka akan menawarkan beberapa fungsi terbaru kepada peminat mereka dengan khabar angin paparan OLED pertama untuk peranti Apple, pengecasan tanpa wayar dan mungkin fungsi AR (Augmented Reality) dalam bentuk pengecaman wajah yang mungkin akan menyingkirkan Touch ID sepenuhnya.

Untuk pengecaman wajah dan AR, khabar angin mengatakan Apple akan menggunakan kamera berkemampuan 3D. Gambar yang keluar di Slashleaks mengatakan ini merupakan modul kamera yang akan digunakan untuk peranti iPhone 8 tetapi ini hanyalah sekadar khabar angin tanpa bukti kukuh mengakui perkara tersebut.



Dan kalau mengikut khabar angin mengenai kamera 3D dan AR, mungkin perkakasan seperti ini akan digunakan bagi membolehkan perkara tersebut berlaku. Satu laporan dari KGI Securities juga mengatakan yang teknologi pengecaman wajah Apple lebih kehadapan berbanding pesaing-pesaing mereka di pasaran.

Sumber