Dior x Air Jordan 1 OG Idaman Lebih Lima Juta Orang

Baru-baru ini, dikhabarkan lebih 5 juta orang telah mendaftar untuk membeli kasut edisi terhad Dior x Air Jordan 1 OG sama ada dalam model high-top atau low-top. Namun, hanya 8,000 pasang yang tersedia untuk orang ramai.

kasut Dior x Air Jordan 1 OG Kapsyen: Dior x Air Jordan 1 OG High


Dior x Air Jordan 1 OG pertama kali dilancarkan pada 25 Jun tahun ini di laman web mini khusus untuk pihak yang berminat dan berpeluang untuk membeli. Laman web itu membolehkan pelanggan memilih antara model high-top atau low-top, pilihan saiz serta lokasi yang sesuai untuk dibeli. Oleh kerana menerima permintaan yang terlalu tinggi, pendaftaran tersebut kemudiannya ditutup hanya selepas beberapa jam dibuka.

kasut Dior x Air Jordan 1 OG Kapsyen: Dior x Air Jordan 1 OG Low


Ketua Pegawai Eksekutif Christian Dior Couture, Pietro Beccari berkata, sesi pemilihan kasut untuk orang awam selesai sekitar sembilan jam dan para pemenang telah diumumkan pada 2 Julai.

Jumlah kasut Dior x Air Jordan 1 OG yang dikeluarkan adalah sebanyak 13,000 pasang di mana 8,000 pasang adalah untuk orang awam. Manakala 5,000 pasang dari jumlah tersebut telah dikeluarkan untuk pelanggan utama Dior yang dihubungi dan dijemput secara khas untuk membeli.

Kasut Dior x Air Jordan 1 OG high dan low masing-masing dijual pada harga US$2,2000 (~RM9,390) dan US$2,000 (~RM8,542). Walau bagaimanapun, kedua-dua model tersebut kini berada dalam pasaran sekunder dan dijual dengan harga lebih lima kali ganda dari harga asalnya.

Kim Jones, Pengarah Kreatif Pakaian Lelaki Dior berkata, kolaborasi antara Dior dan Nike ini menandakan langkah pertama label Nike dalam segmen "streetwear mewah".

Sumber: Hypebeast