Dior x Air Jordan 1 OG pertama kali dilancarkan pada 25 Jun tahun ini di laman web mini khusus untuk pihak yang berminat dan berpeluang untuk membeli. Laman web itu membolehkan pelanggan memilih antara model high-top atau low-top, pilihan saiz serta lokasi yang sesuai untuk dibeli. Oleh kerana menerima permintaan yang terlalu tinggi, pendaftaran tersebut kemudiannya ditutup hanya selepas beberapa jam dibuka.
Ketua Pegawai Eksekutif Christian Dior Couture, Pietro Beccari berkata, sesi pemilihan kasut untuk orang awam selesai sekitar sembilan jam dan para pemenang telah diumumkan pada 2 Julai.
Jumlah kasut Dior x Air Jordan 1 OG yang dikeluarkan adalah sebanyak 13,000 pasang di mana 8,000 pasang adalah untuk orang awam. Manakala 5,000 pasang dari jumlah tersebut telah dikeluarkan untuk pelanggan utama Dior yang dihubungi dan dijemput secara khas untuk membeli.
Kasut Dior x Air Jordan 1 OG high dan low masing-masing dijual pada harga US$2,2000 (~RM9,390) dan US$2,000 (~RM8,542). Walau bagaimanapun, kedua-dua model tersebut kini berada dalam pasaran sekunder dan dijual dengan harga lebih lima kali ganda dari harga asalnya.
Kim Jones, Pengarah Kreatif Pakaian Lelaki Dior berkata, kolaborasi antara Dior dan Nike ini menandakan langkah pertama label Nike dalam segmen "streetwear mewah".
Sumber: Hypebeast
Berkaitan
- Industri Teknologi Jatuh, Syarikat Induk Google Jatuh Lebih $1 Bilion
- Dragon's Dogma, Permainan Video Diadaptasi Menjadi Siri Netflix
- Sertai Liga Amatur MLBB ROG x Yoodo, 20,000 'Diamond' Menanti
- Google Ada Teknologi Untuk Lindungi Wanita Ketika Dalam Talian
- 'Teksi Udara' Ke KLIA, AirAsia Menjadi Yang Pertama Di Asia Tenggara
- Honda Dedahkan Rekaan 'Prologue', SUV Elektrik Terbaru Tahun 2024
- UNIQLO AIRism Mask Dilancarkan Di Malaysia Pada 14 September
- 'Self Service Repair Store' Dilancarkan, Boleh Baiki Sendiri iPhone
- Ukraine Guna Teknologi AI Untuk Mengecam Wajah Mayat Tentera Rusia
- Google Mempertingkatkan 'Nearby Share', Akhirnya Setanding 'AirDrop'