Dinaik Taraf Dengan 64GB ROM, VIVO Y12 Berharga RM599

Vivo Y12 sedia dijual di Malaysia sejak pertengahan Julai yang lalu membawakan tanda harga RM599 dengan RAM 3GB beserta storan 32GB.

Kini menaik taraf penawaran sedia ada, model dilengkapi dengan storan lebih besar, 64GB ROM pula telah diumumkan dan sudah mula boleh didapati di seluruh Malaysia mulai hari ini di semua pengedar-pengedar sah dan rakan kerjasama Vivo. Sekiranya masih tidak mencukupi keperluan simpanan, ia masih boleh ditambah menerusi sokongan kad MikroSD sehingga 256GB.



Telefon pintar ini juga hadir dengan paparan skrin sentuh 6.35 inci yang telah dikuasakan oleh pemproses MediaTek Helio P22. Vivo Y12 tersedia dengan kapasiti bateri 5,000mAh yang besar.

Dilengkapi dengan tri-kamera AI, 13MP + 8MP + 2MP di belakang dan kamera swafoto 8MP di bahagian depan. Tambah menarik, Y12 juga hadir dengan sensor Cap Jari, Gyroscope, Proximity, Ambient Light Sensor, dan E-Compass.

Mengoperasikan FunTouch OS 9 berdasarkan Android 9 Pie, telefon pintar dwi-SIM ini mempunyai pilihan sokongan seperti Wi-Fi, GPS, Bluetooth v5.00, radio FM, 3G dan juga 4G.



Vivo Y12 yang dinaik taraf dikeluarkan dalam warna Aqua Blue dan Burgundy Red dan harganya kekal pada nilai RM599.