Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
air zam zam

Dilarang Jual Air Zam Zam, Jangan Tertipu Dengan Penjual Tak Berlesen

Diterbitkan Julai 4, 2022 oleh Nadiah Ab

Menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), tiada satu pengedar atau syarikat di Malaysia pun yang mendapat lesen bagi pengimportan dan penjualan air zam zam.

Air zam zam diklasifikasikan sebagai air mineral semula jadi dan termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, yang bermaksud pengimportan air mineral semula jadi memerlukan lesen punca air KKM, setelah disahkan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, berkata, kerajaan Arab Saudi tidak pernah mengeluarkan pengesahan tersebut kerana air zam zam tidak dibenarkan untuk dieksport dan diperdagangkan.

BKKM akan melaksanakan penolakan konsainan sekiranya mendapati aktiviti pengimportan air zam zam yang tidak berlesen.

Ekoran itu, hasil daripada penguatkuasaan yang dijalankan sejak 2012 sehingga kini, nilai rampasan ke atas air zam zam mencapai jumlah RM83,618.20.

air zam zam

Dalam pada itu juga, 32 iklan air zam zam telah dipadamkan daripada pelbagai platform e-dagang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Melalui pemantauan di media sosial pula, sejumlah 63 iklan air zam zam telah dipadam pada tahun 2021 dan 2022.

Individu yang disabitkan kesalahan menjual air minuman semula jadi yang tidak berlesan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Dikhuatiri air zam zam tiruan, KKM menasihati orang ramai agar tidak membeli air zam zam dari mana-mana kedai atau platform dalam talian.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY