Dilaporkan Sebanyak 56,492 Paten Teknologi Komunikasi Dipegang Oleh Huawei Di A.S

Ia termasuklah paten teknologi rangkaian dan paten inovasi berteknologi tinggi yang lain.


Bloomberg melaporkan, syarikat gergasi teknologi China, Huawei memegang hak ke atas paten teknologi komunikasi, teknologi rangkaian serta pelbagai lagi paten berteknologi tinggi yang lain di dalam Amerika dengan jumlah keseluruhan 56,492 paten .

Ia adalah berdasarkan kepada data yang diperolehi dari laman Anaqua AcclaimIP. Ia merupakan salah satu kelebihan yang ada pada Huawei yang tidak boleh dipandang enteng oleh A.S terhadap kemampuan Huawei.

Kapsyen: Pada tahun 2015, Huawei berada di tangga ke-18 daripada 20 syarikat teratas yang memegang hak ke atas paten yang didaftarkan di A.S, menurut ACCALIMIP.


Ini kerana, menurut peguam paten dari firma peguam McDonnell Boehnen Hulbert & Berghoff, tekanan dan sekatan yang dilakukan oleh kerajaan Trump terhadap Huawei ketika ini sebenarnya boleh memberi kesan terhadap A.S sendiri.

Menurut beliau, paten merupakan salah satu bentuk peralatan perang dalam ekonomi. Peguam bernama Brad Hulbert dari firma guaman tersebut menjelaskannya seperti berikut:

Patents are, at their basic level, weapons of economic warfare. They’re being hurt by the sanctions that the Trump Administration imposed and saying ‘You have hurt us and our ability to sell, and we can hurt back.’ It’s saber-rattling.”

Ini terbukti apabila Huawei yang kini disenarai hitamkan daripada berurusan dengan pihak A.S termasuklah kerajaan dan syarikat-syarikat A.S kini telah memfailkan tuntutan saman terhadap penyedia perkhidmatan tekomunikasi Verizon Communcitions Inc.

Juga mereka memfailkan saman terhadap firma agensi pertahanan Harris Corp. pada tahun lepas atas dakwaan pelanggaran paten berkaitan keselamatan rangkaian dan teknologi keselamatan awan.

Dalam laporan Bloomberg pada Mei tahun ini, syarikat-syarikat dari China serta negara-negara lain didapati lebih banyak memegang hak paten yang didaftarkan di A.S  berbanding syarikat-syarikat teknologi dari A.S sendiri.

Kapsyen: Pada tahun 2018, Huawei berada di tangga ke-16 daripada 20 syarikat teratas yang memegang hak paten di A.S, menurut  ifiCLAIMS.


Syarikat dan kerajaan China telah melaburkan berbilion-bilion dolar dalam penyelidikan berteknologi tinggi. Buktinya boleh dilihat pada jumlah paten yang yang dipegang mereka di A.S.

Malah untuk tahun lepas sahaja, Huawei telah menerima hak ke atas 1,680 Paten di Amerika Syarikat, menjadikannya syarikat ke-16 penerima terbesar hak paten dari 20 syarikat teratas di A.S.

Bloomberg juga melaporkan bahawa, Huawei dikatakan telah memegang sejumlah 102,911 paten dan aplikasi aktif di A.S setakat ini, berdasarkan data terkumpul dari  firma perisian pengurusan harta intelek, Anaqua.

Sumber: Bloomberg

Berkaitan