Adobe respon...
Beberapa hari lalu dilaporkan lebih daripada 7.7 juta rekod peribadi pengguna servis awan Adobe Creative Cloud dipercayai telah terdedah di internet.
Ia dipercayai berlaku apabila data cache pengguna Adobe Creative Cloud yang tidak dilindungi telah menyebabkan sesiapa sahaja (yang mengetahui kecacatan ini) mengakses info privasi para pengguna servis tersebut.
Sungguhpun didakwa bahawa data-data tersebut tidaklah sangat sensitif, tetapi ia mampu dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertangunggjawab.
Setakat ini, data-data tersebut dikatakan telah terdedah lebih kurang dalam tempoh seminggu yang lalu oleh laman Comparitech.
Susulan pendedahan isu ini, pihak Adobe telah respon dan mengeluarkan kenyataan rasmi mereka dengan memaklumkan bahawa isu kebocoran data ini tidak melibatkan data sensitif penggun aseperti kata laluan atau info kewangan pengguna.
"Late last week, Adobe became aware of a vulnerability related to work on one of our prototype environments. We promptly shut down the misconfigured environment, addressing the vulnerability.
The environment contained Creative Cloud customer information, including e-mail addresses, but did not include any passwords or financial information. This issue was not connected to, nor did it affect, the operation of any Adobe core products or services." Adobe.
Berkaitan
- Penggodam Berjaya Mengakses Servis Storan Awan ASUS Dan Menyebarkan Perisian Hasad Ke Dalam Komputer Pengguna Menerusinya
- Penggodam Menjadikan Perisian Hasad Yang Dibangunkan Mereka Semakin Sukar Dikesan Penyelidik Keselamatan Komputer
- Buang Segera 3 'Extension' Chrome Popular ni, Diguna Untuk Penggodaman Dan Curi Data
- Penggodam Boleh Eksploitasi Pepijat Dalam Sistem Tanpa Kunci Kereta Honda
- Namewee Sahkan Akaun YouTubenya Digodam Penggodam Russia
- ChatGPT Kini Diguna Penggodam Bangunkan Perisian Hasad Sofistikated
- Seorang Penggodam Mendakwa Dia Boleh Mematikan Enjin Kenderaan Moden Dengan Menceroboh Aplikasi GPS
- Penyelidik Mendapati Aplikasi Tersedia Dipasang Dalam Sistem Windows 10 Mendedahkan Penggunanya Kepada Penggodam
- Google Telah Menghantar 12 Ribu Amaran Berkaitan Aktiviti Penggodam Menyerang Pengguna
- Aplikasi Antipenggodam Bakal Diperkenalkan Kerajaaan Untuk Pengguna