Dilaporkan iPhone 8 Akan Hadir Dengan 4 Variasi Warna, Termasuk Kemasan "Seperti Cermin"

Dari hari ke hari pelbagai khabar angin tentang iPhone 8 timbul, dari segi fungsi hinggalah kepada rekaan serta kemasan luar.

Terkini, telefon pintar yang dinanti ramai itu dilaporkan bakal tampil dengan 4 variasi warna, dan salah satu daripadanya sangat unik kerana ia seakan-akan cermin.

Menurut sumber, Benjamin Geskin, seseorang yang dipercayai telah memberitahu beliau mengenai pilihan warna yang akan ditawarkan Apple.

4 warna itu adalah;

  1. Hitam

  2. Putih

  3. Rose gold

  4. "Seperti cermin"


 



Jika dilihat pada tweet Geskin, beliau memuat naik foto lama sebuah casing iPhone, tetapi ia memberi gambaran bahawa warna terbaru iPhone 8 lebih kurang seperti itu.

Sumber: 9to5mac