Dilaporkan 46.2 Juta Nombor Telefon Rakyat Malaysia Terlibat Dalam Pencerobohan Data

Pertengahan Oktober yang lepas, Lowyat.net telah mengejutkan kita dengan laporan mengenai pencerobohan data peribadi melibatkan jutaan rakyat Malaysia. Terkini, laman tersebut tampil mengesahkan lebih kurang 46.2 juta nombor telefon rakyat Malaysia ( telco Malaysia dan juga pengendali rangkaian mudah alih maya) sudah tertiris dalam talian.

Pencerobohan data itu dikatakan berlaku sekitar Mei dan Julai 2014 membabitkan pelbagai syarikat telco tempatan. Bukan sekadar nombor telefon, maklumat peribadi seperti informasi pengguna, alamat termasuklah nombor IMEI dan IMSI turut terlibat sama.

Selain daripada itu, Lowyat.net juga mengesahkan pengkalan data kepunyaan Malaysian Medical Council (MMC), Malaysian Medical Association (MMA) dan Malaysian Dental Association (MDA) juga terkesan dengan pencerobohan ini.

Antara maklumat yang diperolehi dari pengkalan data itu adalah seperti kad pengenalan, nombor telefon , dan alamat tempat tinggal.

Mereka juga menyarankan agar syarikat-syarikat telco yang terlibat supaya lebih berwaspada dan segera menggantikan kad sim pengguna yang terkesan dari pencerobohan ini. Terutama sekali pengguna yang tidak pernah mengemaskini kad sim mereka sejak 2014 lagi.

Kapsyen: Disclaimer dari Lowyat.net, "Semua data yang kami perolehi kini disulitkan dan disimpan di satu storan. Kami akan musnahkan semua data pada hari Jumaat, 3 November pukul 12 malam. Pemilik data, sila hubungi kami sekiranya anda memerlukan kami untuk menyerahkan data."


Sumber: Lowyat.net