Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
play store malwaree

Dijangkiti Perisian Hasad Joker, Buang Segera 17 Aplikasi Android Ini Dari Peranti Anda

Diterbitkan November 3, 2020 oleh Amalina Athman

Perisian hasad (malware) di Play Store bukanlah perkara baharu dan Google dilaporkan terus membuang aplikasi yang meragukan. Terbaru, Google telah membuang 17 aplikasi yang telah dijangkiti perisian hasad Joker atau dikenali juga sebagai Bread.

aplikasi play store bahaya

Perisian hasad ini bertujuan untuk mencuri data pengguna seperti sistem pesanan ringkas (SMS), senarai kenalan serta maklumat peranti. Ia secara senyap akan mendaftarkan mangsa untuk perkhidmatan protokol aplikasi tanpa wayar premium (WAP).

Antara 17 aplikasi yang terlibat adalah:

  • All Good PDF Scanner
  • Mint Leaf Message-Your Private Message
  • Unique Keyboard – Fancy Fonts and Free Emoticons
  • Tangram App Lock
  • Direct Messenger
  • Private SMS
  • One Sentence Translator – Multifunctional Translator
  • Style Photo Collage
  • Meticulous Scanner
  • Desire Translate
  • Talent Photo Editor – Blur focus
  • Care Message
  • Part Message
  • Paper Doc Scanner
  • Blue Scanner
  • Hummingbird PDF Converter – Photo to PDF
  • All Good PDF Scanner

Google telahpun membuang kesemua aplikasi ini daripada Play Store. Bagaimanapun, pengguna yang telah memuat turun dinasihatkan supaya segera membuang aplikasi tersebut dari peranti.

Sumber: Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Kabel IEM USB-C Bawah RM100
  • BSN Ganti SMS OTP Dengan BSNSecure Mulai 15 Disember
  • Kelemahan iOS "worse_query" Boleh Dedahkan Data Aplikasi Lain, Apple Belum Sahkan Pembaikan
  • Samsung Lancar SSD Mudah Alih Baharu Di Malaysia, Harga Dari RM1,170 Hingga RM9,300
  • Claude Kini Ada Sheets Dan Whiteboards, Anthropic Bersaing Dengan Microsoft Dan Google
  • Nvidia Dan Jensen Huang Kini Berdepan Saman Selepas Isu Hubungan Sulit
  • Infinix Lancar Komputer Riba Pertamanya Di Malaysia, XBOOK 14 Neo Bermula RM2,199
  • Pengguna Claude Pro Boleh Guna Fable 5.2 Tanpa Caj Tambahan Sehingga 17 November
©2026 WISER.MY