Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digital Rembau

Digital Rembau Dilancarkan – Tiga Inisiatif Diperkenal Buat Komuniti Setempat

Diterbitkan Februari 1, 2021 oleh Amsyar Latif

Sejak penularan pandemik COVID-19 pada tahun lepas memberikan kesan secara keseluruhan buat rakyat terutama dari segi gaya hidup.

Ia juga secara tidak langsung telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital. Oleh itu, pusat khidmat masyarakat parlimen Rembau telah melancarkan program Digital Rembau buat masyarakat setempat.

Menerusi program ini, tiga inisiatif utama telah diperkenalkan bagi tujuan untuk melahirkan beberapa peluang baharu dan membantu masyarakat dalam kehidupan seharian.

Tiga inisiatif tersebut adalah:

  • Komuniti tanpa tunai
  • Infak dan derma tanpa tunai
  • Bantuan komputer riba dan tablet

Melalui inisiatif ini, kempen transaksi digital dijalankan dimana peniaga dan pelanggan di Rembau boleh melakukan transaksi tanpa tunai seperti kad debit, Touch N Go dan QR Pay.

rembau most wanted

Selain itu, turut dijalankan infak tanpa tunai di masjid-masjid dan sumbangan kepada rumah ibadat setempat. Malah, pengunjung rumah ibadat juga digalakkan untuk memberi sumbangan dengan hanya imbas kod QR.

Tambahan lagi, keperluan digital kian meningkat terutama dalam sektor pendidikan. Dengan ini, sebanyak 1000 komputer riba akan diberi kepada mahasiswa dan 1000 tablet buat pelajar sekolah dari keluarga berpendapatan rendah.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan program Digital Rembau, anda boleh layari laman sesawang ini.

Sumber: Digital Rembau

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY