Digi Tawarkan Smart TV Dengan Setiap Pembelian Samsung Galaxy Note 20

Digi mengumumkan bahawa pelanggan berpeluang untuk membawa pulang Samsung 50" 4K UHD Smart TV dengan setiap pembelian Samsung Galaxy Note 20 dan Samsung Galaxy Note 20 Ultra 5G.

Dengan setiap pembelian telefon ini juga pelanggan akan dapat steriliser telefon bernilai RM 299 dan pengecas tanpa wayar yang bernilai RM 209 sementara stok masih ada.

Namun, hanya 20 pelanggan terawal sahaja yang berpeluang memenangi 20 unit Samsung Smart TV dan tawaran ini bermula 21 Ogos 2020.



Tambahan lagi, pelanggan Digi kini boleh mendapatkan Samsung Galaxy Note 20 5G dan Samsung Galaxy Note 20 Ultra 5G serendah RM 108 sebulan melalui program PhoneFreedom 365 (PF365) tanpa bayaran pendahuluan dan tanpa faedah.