Digi Tawarkan Insurans Covid-19 Percuma Kepada 200 Ribu Pelanggan Pertama

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) menawarkan insurans Covid Cover secara percuma bagi 200,000 pelanggan pertama pengguna telco Digi. Covid Cover adalah perlindungan komprehensif jangka pendek bagi pelanggan yang dijangka akan dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan akibat Covid-19.

Tawaran ini akan dibuka sehingga 30 April atau sehingga 200,000 pengguna telah melanggan insurans tersebut. Pelan insurans digital ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia antara 18 sehingga 60 tahun.

Covid Cover akan memberikan perlindungan selama 30 hari setelah permohonan diluluskan. Sebagai contoh, jika individu melanggan Covid Cover pada 30 April 2020, mereka akan dilindungi sehingga 30 Mei 2020. Selepas dari tempoh tersebut, pelanggan akan dimaklumkan melalui SMS atau emel bahawa insurans mereka akan luput.

Pelan tersebut merangkumi manfaat Tunai Hospital berjumlah RM 60 sehari dan manfaat kematian berjumlah RM 20,000.

digi

Bagi bukan pengguna telco Digi dan juga yang terlepas dengan penawaran ini, anda boleh melanggan pakej insurans serendah RM 5 hingga RM 20 untuk tempoh 30 hari. Pelan ini ditawarkan dengan tiga pakej iaitu Silver, Gold dan Platinum.

Kesemua pelan menawarkan perlindungan menyeluruh yang merangkumi manfaat Tunai Penghospitalan, Kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) dan manfaat tambahan sekiranya pelanggan menghidap Denggi atau Zika.

Premium bulanan boleh dibayar melalui bil telefon bagi pelanggan pascabayar. Manakala, bagi pelanggan prabayar pula ia boleh ditolak melalui kredit prabayar.

Bagi pelanggan yang berminat untuk melanggan, anda boleh layari atau melanggan pelan insurans tersebut di MyDigi.

 

Berkaitan