Digi Tawarkan Fleksibiliti Langganan Melalui PhoneFreedom 365

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini berkongsi program pemilikan telefon baharu yang dipertingkatkan, iaitu PhoneFreedom 365 yang menawarkan lebih banyak fleksibiliti, penjimatan dan kuota internet kepada pengguna.

Program PF365 yang dikemaskini mempunyai empat faedah utama bagi memenuhi keperluan pengguna.



Antaranya termasuk diskaun telefon pintar, diskaun pelan, 2x internet GB dan percuma perlindungan telefon 365.

Digi PF365 turut memberi alternatif kepada pengguna untuk membeli peranti terbaru melalui pelan ansuran fleksibel berbanding pakej peranti tradisional atau pembelian runcit yang memerlukan pembayaran pendahuluan untuk peranti.



Pelanggan Digi Postpaid baru dan sedia ada yang mendaftar untuk program PF365 akan menikmati fleksibiliti memiliki peranti baru tanpa perlu bayaran pendahuluan atau caj faedah.

Untuk maklumat lanjut mengenai program PhoneFreedom 365, layari laman rasmi Digi.