Digi Tawar Pra-Tempahan Apple Watch Series 5 Bermula 25 Oktober Ini

Apple Watch Series 5 (GPS + Cellular) yang sekian lama ditunggu-tunggu peminat barangan Apple bakal ditawarkan tidak lama lagi oleh Digi melalui Digi PhoneFreedom 365 bermula pada 1 November 2019 nanti.

Apple Watch Series 5 kali ini hadir dengan pelbagai ciri menarik termasuklah ciri always on display yang membolehkan pengguna untuk mudah melihat paparan jam.



Selain daripada itu, apabila anda memusingkan sedikit pergelangan tangan, paparan akan berubah mengikut aplikasi yang dibuka. Tambah menarik lagi, model kali ini didatangi dengan ciri kompas terbina serta panggilan kecemasan antarabangsa yang boleh dilakukan tanpa memerlukan kehadiran peranti iPhone.

Apple Watch Series 5 juga mempunyai ciri yang membolehkan anda untuk melihat tahap kebolehan serta keupayaan kecergasan dan kesihatan.

Pelanggan boleh membuat pra-tempahan untuk Apple Watch Series 5 ini bermula dari 25 Oktober 2019 di digi.com.my.