Digi Tawar Huawei Siri P20 pada Harga Istimewa Dengan Pelan 'Digi Postpaid 250 Family'

Huawei P20 dan P20 Pro baru sahaja dilancarkan buat pasaran Malaysia pada awal minggu ini dan akan mula berada di pasaran hari ini. Berdasarkan perkara itu, syarikat telco popular negara Digi Telecommunication telah pun menawarkan model Huawei P20 256 GB dan P20 Pro 128GB pada harga istimewa, RM 959 serta RM 1,119. Harga ini akan hadir bersama dengan pelan postpaid 'Digi Postpaid 250 Family' selama 24 bulan dengan GBoost. Perkara ini diumumkan secara rasmi oleh pihak Digi melalui laman sesawang rasmi mereka pada 6 April. Ini bermakna, bagi mendapatkan peranti siri P20 pada harga istimewa ini, pelanggan perlu menggunakan pelan postpaid dengan bayaran RM250 sebulan dari Digi selama 2 tahun.





Pakej Digi Postpaid 250 Family ini menawarkan data sebanyak 120 GB sebulan dengan panggilan percuma tanpa had ke semua rangkaian. Sistem GBoost dengan harga RM 10 sebulan juga akan ditambah secara automatik sebaik sahaja pelanggan mendaftar di kedai atas talian Digi.

Semua pelanggan yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut boleh mengunjungi pengedar sah Digi yang berdekatan atau kunjungi laman sesawang Digi di sini

Sumber