Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Digi Tawar Data Percuma Kepada Pelanggan Pasca Bayar. Tamat Hari Ini!

Posted on Ogos 25, 2016Oktober 23, 2016

25 Ogos-Berita gembira untuk pelanggan pasca bayar Digi kerana anda berhak menerima 888MB data secara percuma.

Tawaran percuma ini adalah sebahagian kempen mempromosikan aplikasi mudah alih mereka, MyDigi. Anda perlu memuat turun aplikasi tersebut kedalam telefon pintar anda untuk menikmati data percuma itu.

Aplikasi berkenaan boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store serta Apple App Store. Selepas anda memasang aplikasi tersebut, tekan butang opsyen add-ons dipenjuru kiri atas dan pilih internet.

Anda akan lihat tawaran “888MB MyDigi Reward” di bahagian atas. Tekan dan akan dibawa ke halaman pengesahan pembelian. Sekarang anda ada 888MB data ekstra untuk memuat turun apa sahaja aplikasi dan melayari internet.

Tawaran ini tamat pada Hari Ini dan data percuma itu sah digunakan selama 5 hari selepas diaktifkan. Cepat! Anda masih sempat untuk mendapatkan tawaran tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress