Digi Tawar Aplikasi Pendidikan Dan Platform Hiburan Untuk Seisi Keluarga Sempena PKP Ini

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dijalankan, Digi mengambil peluang dengan menawarkan beberapa aplikasi mengenai aktiviti pembelajaran yang berkualiti dan platform hiburan menyeronokkan bagi seisi keluarga.

Terdapat banyak aplikasi serta perkhidmatan menarik yang kini ditawarkan dengan diskaun istimewa atau percubaan percuma melalui langganan MyDigi oleh EasyAdd. Bagi bukan pengguna Digi, anda boleh mengakses serta melanggan mana-mana perkhidmtan melalui EasyAdd.

JomStudi

jomstudi digi

Bagi memastikan kanak-kanak tidak ketinggalan dalam pelajaran mereka, ibu bapa boleh mencuba JomStudi sebagai alternatif dalam mengulangkaji pelajaran dan sebagainya.

JomStudi adalah hab pembelajaran digital yang dibangunkan untuk pelajar dengan kandungan pendidikan yang dapat diakses pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Kandungan pendidikan tersebut termasuk dari Astro Tutor TV, FullMark Media Prima dan memenuhi sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh KPM.

Sukatan pelajaran berkenaan terdiri bagi Tahun 5, UPSR, PT3 dan SPM. Pelajar juga berpeluang untuk mengumpul e-lencana sebagai ganjaran untuk melengkapkan tugasan mereka.

Digi turut menawarkan 24/7 akses data untuk semua pelanggan Digi bagi melayari seluruh kandungan JomStudi. Tawaran ini juga merupakan inisiatif kepada pelajar dan ibu bapa.

Classrum

classrum digi

Classrum merupakan kelas maya yang membolehkan pelajar belajar dari guru yang mendapat pengiktirafan dan menyesuaikan pelan pengajaran mereka sendiri menggunakan bahan pengajaran yang memenuhi sukatan pelajaran dari KPM.

Sukatan tersebut terdiri daripada subjek teras bagi peringkat UPSR, Tingkatan 1, PT3 dan Tingkatan 5. Pelajar juga mempunyai akses dalam talian bagi tutorial video, nota, penilaian dan permainan interaktif.

Pelanggan Digi boleh menikmati tawaran terhad RM 1 untuk mengakses subjek tertentu di Classrum bagi satu bulan menerusi langganan MyDigi.

Me Books

me books digi

Jika ibu bapa sedang mencari alternatif untuk meluangkan masa dengan anak-anak yang berumur dua hingga sembilan tahun, Me Books merupakan platform yang sesuai untuk digunakan. Me Books adalah buku cerita interaktif yang mengandungi lebih 300 audio dan membantu kanak-kanak dalam kemahiran bahasa mereka.

Me Books kini boleh didapati dalam melalui langganan MyDigi dengan harga RM 12 sebulan atau RM 60 bagi setahun.

Atom & The Dot

atom the dot digi

Atom & The Dot adalah sebuah kotak aktiviti yang dilengkapi dengan bahan dan arahan bagi setiap aktiviti seni yang berasaskan sains. Platform ini dapat mencetuskan rasa ingin tahu dalam kalangan kanak-kanak serta menunjukkan kreativiti mereka.

Bagi pelanggan Digi yang berminat untuk mencuba Atom & The Dot, anda boleh mencuba dengan pek percubaan tunggal pada harga RM 25 atau memilih RM 40 dengan langganan mini bulanan.

Veative

veative digi

Veative menawarkan 650 modul VR yang berasaskan daripada kurikulum Malaysia (KSSM). Ia memberikan pelajar melalui cara lain untuk berhubung dengan konsep yang kompleks melalui persekitaran maya.

Pelanggan digi boleh melanggan Veative dengan harga istimewa RM 95 yang dilengkapi dengan VR Headset dan langganan selama satu bulan. Pembaharuan langganan seterusnya hanya berjumlah RM 10 sebulan.

Hopster

hopster digi

Hopster adalah satu aplikasi yang mengandungi pelbagai rancangan televisyen, buku, lagu dan permainan. Ia dibangunkan untuk kanak-kanak yang berasaskan pendidikan. Platform ini juga dilengkapi dengan fungsi kawalan ibu bapa dan masa skrin pintar.

Hopster boleh didapati dengan langganan RM 5 seminggu. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan pembelajaran, anda boleh layari StayHomeEdu.

Hiburan bagi semua peringkat umur

entertain digi

Bagi peringkat umur yang lain sudah tentu perlukan hiburan. Bagi pelanggan Digi, anda boleh nikmati percubaan secara percuma selama seminggu dari platform penstriman video seperti Amazon Prime Video dan MUBI SINEMA. Untuk senarai perkhidmatan hiburan, anda boleh klik di pautan ini.

Langganan MyDigi oleh EasyAdd menawarkan pelanggan kemudahan untuk melanggan dan menguruskan pelbagai perkhidmatan langganan dalam satu platform. Pelanggan Digi juga bole menguruskan langganan mereka dengan satu bil dan bayaran boleh dibuat melalui bil telefon atau kredit prabayar. Bagi bukan pelanggan Digi pula, mereka boleh membuat pembayaran menggunakan debit atau kad kredit.

Berkaitan