Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Digi Store Mula Buka Pra-Tempahan iPhone 2018 Mereka Hari Ini

Posted on Oktober 19, 2018

Syarikat telekomunikasi gergasi negara, Digi baru-baru ini telah mengesahkan bahawa mereka akan mula menawarkan model-model iPhone 2018 – XS, XS Max dan XR di Digi Store bermula 26 Oktober ini.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat untuk mendapatkan telefon pintar Apple tersebut juga boleh membuat pra-tempahan bermula hari ini. Namun semasa artikel ini ditulis, pihak Digi masih belum membuka ruang pra-tempah lagi.

Kredit: USwitch

Bagaimanapun menurut maklumat yang kami perolehi, mereka yang mendapatkan mana-mana model iPhone terbaru melalui Digi akan menerima diskaun eksklusif, Digi Shield percuma dan banyak lagi.

iPhone XS dan XS Max adalah merupakan peranti kalis air IP68 dengan cip A12 Bionic serta reka bentuk yang menawan. iPhone XR pula hadir dengan Face ID yang lebih pantas, kamera lensa tunggal berteknologi tinggi serta enam pilihan warna yang menawan.

 

Sumber : Digi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress