Digi Pula Ditimpa Masalah, Dijangka Pulih Dalam Tempoh Beberapa Jam

Nampaknya, masalah terus menimpa pembekal perkhidmatan di negara ini. Jika sebelum ini Yoodo , U Mobile dan Maybank menghadapi masalah pada perkhidmatan mereka, hari ini tiba giliran Digi pula.

Beberapa orang pengguna Digi dilihat telah mengadukan masalah yang mereka hadapi kepada akaun Twitter rasmi Digi, @digitelco.



Menjawab rungutan mereka, pihak Digi menyatakan bahawa mereka sedang menghadapi gangguan yang tidak dijangka ketika ini.

Ia menyebabkan ada di antara pengguna tidak dapat menggunakan perkhidmatan mereka termasuk untuk berhubung dengan internet atau lebih teruk, tiada perkhidmatan(no service) sama sekali.



Sehubungan dengan itu, Digi juga mencadangkan pengguna untuk mengaktifkan mod pesawat dan menyah-aktifkannya semula atau mematikan dan memulakan semula peranti sebagai langkah penyelesaian awal.

Pihak Digi berharap pelanggan mereka agar terus bersabar dan mereka berjanji akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Menurut tinjauan kami, perkhidmatan Digi sudah mula pulih seperti biasa di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang.

Bagaimana pula dengan sambungan Digi di kawasan anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

 

Sumber: @digitelco   MyDigi

Berkaitan