Digi Perkenal Pek Prabayar Internet Pantas Bulanan Serendah RM15

Sejak awal bulan ini, syarikat perkhidmatan telekomunikasi mula memperkenalkan pelbagai pelan internet baharu untuk pelanggan prabayar. Kini, Digi pula mengambil bahagian untuk memperkenalkan Digi Prepaid NEXT, pek prabayar baharu dengan pelan 30 hari internet pantas bermula daripada RM15.

Digi prabayar

Melalui Digi Prepaid NEXT, ia menawarkan pelbagai pilihan pelan prabayar bermula RM15 sehingga RM70. Bagi pelan RM15/bulanan, pengguna akan menerima kuota internet pantas 3GB serta akses sosial tanpa had bagi Facebook, Twitter dan Instagram.



Turut ditawarkan adalah pelan berharga RM28 dengan kuota internet pantas 6GB serta akses Youtube dan media sosial tanpa had. Pada harga yang sama, pengguna mempunyai pilihan jika inginkan pelan dengan panggilan tanpa had ke semua rangkaian dan kuota internet 4GB.

Untuk maklumat lanjut mengenai Digi Prepaid NEXT yang lain, layari http://digi.my/next.