Plan Pasca Bayar Infinite 80 Digi pula seolah-olah parodi kepada plan tiada had Webe. Dengan harga RM80 sebulan, ia datang dengan panggilan tiada had dan internet yang tiada had yang mempunyai kelajuan sehingga 5Mbps. Kalau anda ingin menggunakan servisĀ 'tether', Digi akan mencaj sebanyak RM10 dan diberikan pas Hotspot dengan kuota 5GB sebulan. Sebagai mempromosikan plan terbaru ini, Digi akan memberikan 10,000 langganan pertama dengan khidmat 'tether' secara percuma selama 12 bulan.
Plan itu juga akan mendapat 300 SMS dan anda boleh 'roaming' ke luar negara dengan diberi 5GB data + 60 panggilan di 8 buah negara untuk RM 10 sebulan. Panggilan percuma pula hanya untuk nombor telefon bimbit domestik dan talian tetap. Senang cerita nombor yang didaftar di Malaysia. Untuk 'video call',dan nombor khas (1-300,1-800 dan 121) pula tidak termasuk dalam plan panggilan percuma.
Untuk mereka yang hendak kelajuan yang pantas dan 'tethering' tiada had *cough*semua orang cough*, Plan Pasca Bayar Inifinite 150 Digi mungkin akan menarik minat anda. Dengan harga RM150 sebulan, anda dapat panggilan percuma macam di atas dan internet tiada had pada kelajuan 4G. Lagi satu, nak 'tether' sampai habis bateri pon boleh dengan tidak dikenakan caj (percuma). Anda akan dapat 1,000 SMS dan 5GB data percuma termasuk 60 minit panggilan apabila anda 'roaming' di 8 buah negara.
Semua tawaran di atas adalah plan eksklusif di kedai atas talian Digi dan tidak sah untuk pembelian termasuk peranti. Plan ini boleh didapati sekarang sehingga 24 Jun 2017. Untuk info lanjut, pergi ke laman Digi Infinite Postpaid.
Sumber
Berkaitan
- Digi Naik Taraf Super App Untuk Bantu Peniaga Kecil Dan Sederhana
- Western Digital Menutup Kilang Petaling Jaya Mereka Bermula Hujung Tahun 2019
- Oyen, Penyedia Insurans Kesihatan Haiwan Peliharaan Digital Pertama Di Malaysia
- Bukan Sahaja Radiasi: Cara Lain Planet Marikh Boleh Membunuh Pengunjungnya
- Penguasaan Chaebol Mungkin Berkurang Di Bawah Plan Presiden Korea Selatan Yang Baru
- Digi Lancar Kempen Derma Telefon Atau Tablet Lama Kepada Golongan Memerlukan
- Lampu Pintar Ikea Akan Berintegrasi Dengan Pembantu Digital Google, Apple dan Amazon
- MDEC Bersedia Untuk Mempromosikan Industri Sukan Permainan Digital Di Sekolah
- Axiata Dan RHB Bank Bekerjasama Memohon Lesen Bank Digital
- Lonely Planet Yang Terkenal Dengan Buku Pelancongan Dan Pengembaraan Memperkenalkan Trips, Aplikasi Seakan Instagram