Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi Business Fibre Broadband_BM

Digi Melancarkan Jalur Lebar Fiber Pantas Buat Perniagaan PKS

Diterbitkan November 5, 2020 oleh Amsyar Latif

Digi baru sahaja memperkenalkan Digi Business Fibre Broadband khas untuk membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) dalam mengharungi gelombang transformasi digital.

Digi Business Fibre Broadband_BM

Menerusi ini, Digi tawarkan beberapa pilihan pelan jalur lebar buat PKS dalam menguruskan perniagaan mereka pada bila-bila masa dengan mudah.

Pelanggan PKS Digi kini dapat menikmati jalur lebar fiber pantas daripada 100Mbps sehingga 800Mbps dengan harga bermula RM130 sebulan.

Digi Business Fibre Broadband Table_BM

Untuk penjimatan lebih banyak, pelanggan juga boleh padankan pelan Business Fibre dengan pelan Go Digi Business Postpaid yang sedia ada atau baharu, bermula daripada Go Digi 78 dan seterusnya nikmati data tanpa had secara automatik.

Pelan Digi Business Fibre Broadband baharu ini sudah tersedia buat semua peniaga dan boleh membuat langganan melalui kedai Digi atau di laman rasmi dalam talian.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY