Dengan kerjasama ini, Digi akan memanfaatkan infrastruktur jalur lebar untuk memperluaskan tawaran Digi Home Broadband bagi pengguna yang tinggal di kondominium dan pangsapuri.
''Kerjasama dengan TIME memberi peluang kepada kami bagi mengembangkan jejak sambungan yang lebih banyak kepada pengguna untuk menikmati internet dengan lebih lancar'', kata Ketua Pegawai Pemasaran Digi, Loh Keh Jiat.
"Akses infrastruktur TIME terbuka kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) yang ingin memanjangkan sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) kepada rakyat Malaysia di seluruh negara, "kata Lee Guan Hong, Pengarah Eksekutif TIME.
Pada September 2019, Digi Home Fibre telah lancar di Sabah bagi khidmat jalur lebar selepas diperkenalkan di kawasan terpilih di Melaka dan Klang Valley. Penduduk di kawasan tersebut kini boleh menikmati internet dengan kelajuan tinggi.
Kerjasama ini selaras dengan seruan kerajaan untuk lebih banyak kerjasama dalam ekosistem, di mana ia akan memberi manfaat kepada pengguna dan perniagaan di negara ini. Dengan memanfaatkan infrastruktur yang sedia ada, kerjasama seperti ini membolehkan Digi memberi tumpuan kepada melancarkan perkhidmatan dan meningkatkan akses di kawasan sasaran dengan lebih cepat.
Berkaitan
- Digi Beri Bantuan Kepada 1,000 Keluarga Mangsa Banjir
- Digi Amalkan Langkah Pencegahan Covid-19 Untuk Melindungi Pekerja Dan Pelanggan
- Digi Tawarkan Pengalaman Pelancongan Maya Masa Nyata Pertama Di Malaysia Yang Dikuasakan 5G
- UniSZA Universiti Pertama Wujudkan Kemudahan Manuskrip Digital Bagi Manuskrip Islam Dan Melayu
- Vivo Malaysia Menawarkan Promosi Istimewa Buat Rakyat Malaysia
- Digi Tawarkan Insurans Covid-19 Percuma Kepada 200 Ribu Pelanggan Pertama
- Maxis Dan Microsoft Mempercepatkan Penggunaan Penyelesaian Digital Inovatif Bagi Perniagaan Di Malaysia
- Dapatkan Samsung Galaxy S20 Dan S20 Plus Melalui Digi PhoneFreedom 365
- Canon Lancar EOS-1D X Mark III Yang Dikuasa Pemproses Imej DIGIC X
- Digi Uji Ambulans 5G Pertama Di Langkawi