Digi Juga Tawar Pas Internet Untuk Pelajar SPM/STPM - RM20 Sebulan Untuk 15GB

Digi juga turut menawarkan pakej data internet khas untuk memudahkan pelajar SPM dan STPM yang akan mengambil peperiksaan pada tahun ini.



Melaluinya Digi menawarkan data sebanyak 15GB pada langganan RM20 sebulan. Langganan adalah bermula dari 6 Januari hingga April 2021 kelak.

Pakej ini ditawarkan untuk pengguna yang berumur antara 16 tahun ke 19 tahun. Untuk melanggan, pengguna Digi sedia ada boleh mendail *128*2*1# ataupun menggunakan aplikasi MyDigi sendiri.



Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman Pakej Data Khas SPM and STPM 2021 di sini,

 

 

Berkaitan