Digi Janjikan Liputan Isyarat Yang Lebih Baik Dengan Pengaktifan Jalur Spektrum 900MHz

Semalam, Digi Telecommunication Sdn Bhd telah mengumumkan pengaktifan jalur spektrum 900MHz bagi rangkaian 4G LTE.

Jalur spektrum tersebut telah pun mula beroperasi pada 1 Julai yang lalu dan ia adalah hasil dari peruntukan spektrum yang diterima daripada SKMM pada bulan Ogos tahun lepas. Digi telah menerima...

  • 2 x 5MHz bagi 900MHz dan

  • 2 x 20MHz bagi 1800MHz


...yang akan digunakan dalam tempoh 15 tahun. Turut sama menerima pengagihan jalur spektrum itu adalah...

  • Celcom,

  • Maxis, dan juga

  • U-Mobile.


Dengan naik taraf ini, Digi menjanjikan liputan rangkaian yang lebih meluas dan sambungan stabil walaupun anda berada di bawah tanah seperti di dalam MRT.

Di dalam satu kenyataan media, Ketua Pegawai Teknologi Digi, Kesavan Sivabalan memberitahu bahawa isyarat mudah alih jalur spektrum 900MHz ini bukan hanya dipancar lebih jauh daripada stesen pemancar, tetapi ia mampu menembusi kawasan yang tertutup untuk memberikan liputan yang lebih kuat.

Kenapa 900MHz lebih baik dikawasan tertutup seperti MRT bawah tanah?

Ini kerana 900 mhz mempunyai gelombang yang mengalami geseran yang lebih rendah jika dibandingkan dengan 1800MHz ataupun 2600MHz.

Kawasan liputan 4G LTE dan LTE-A?

  • 4G LTE berkelajuan tinggi kini meliputi kawasan penduduk sebanyak 86% iaitu melibatkan 295 bandar dan pekan utama.

  • Untuk isyarat yang lebih laju iaitu LTE-A (Advanced), ia meliputi 45% kawasan penduduk dalam Malaysia merangkumi 80% buah bandar dan pekan.


Lebih 500 jenis telefon pintar mempunyai sokongan LTE 900MHz, antaranya adalah...

  • OnePlus 5,

  • Samsung Galaxy J7 Pro,

  • Samsung Galaxy S8/S8+,

  • Samsung Galaxy S7/S7 Edge,

  • Xiaomi Redmi Note 4,

  • iPhone 7/7 Plus/6/6 plus/6s/6s Plus/5S/SE,

  • LG G6,

  • Nokia 3/5/6,

  • Huawei P10,


...dan banyak lagi.

Sumber: Malaysian Wireless