Digi Home Fibre Mula Ditawarkan Pada Beberapa Kawasan Di Selangor

Digi Home Fibre mula diperkenalkan di Jasin melalui projek rintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang merupakan kerjasama antara kerajaan dan TNB.

Salah satu pengendali rangkaian tempatan yang turut terlibat dalam projek rintis terbabit adalah Digi melalui pelan Digi Home Fibre yang menggunakan talian TNB.

Terbaru, Digi sudah mula mengembangkan lagi penawaran Digi Home Fibre ke beberapa kawasan terpilih seperti Bandar Sunway, Bangi, Kajang, Rawang, Shah Alam dan Subang.

Pelan yang ditawarkan adalah 50Mbps dengan langganan RM99 sebulan. Bagi yang berminat untuk membuat langganan, boleh layari Digi untuk menyemak ketersediaan Home Digi Fibre dikawasan anda.