Digi Dijangka Perkenal Pelan Internet Tanpa Had Pada Harga Bulanan RM38

Syarikat telco yang menawarkan pelan internet tanpa had dengan bulanan mampu milik pasti menjadi pilihan pengguna di Malaysia.

Terdahulu, U Mobile hadir dengan pelan internet tanpa had Giler Unlimited bersama yuran langganan sebanyak RM30 sebulan.

Dilihat seolah-olah tidak mahu ketinggalan, Digi pula dikhabarkan akan memperkenalkan sebuah pelan yang hampir sama tetapi dengan bulanan sebanyak RM38.

Perkhabaran ini mula timbul pada Community Forum dilaman web Digi, dimana seorang pengguna “Nih4z” memuat naik imej untuk bertanya berkenaan dengan pelan tersebut.

Walaupunbegitu, maklumat lanjut mengenai pelan ini masih belum diumumkan lagi untuk itu, sama-sama kita nantikannya.

Sumber: Digi Community

Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408