Digi Dan MDEC Kerjasama Tubuh Program Bantu Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Disebabkan Covid-19

Hari ini Digi dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah mengumumkan mengumumkan Program Digitalisasi Berterusan Perniagaan atau Business Continuity Digitalisation
(BCD). Program ini disasarkan untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) disebabkan wabak pandemik Covid-19 ini.

Sehubungan itu, program BCD ini akan menumpukan kepada
persiapan PKS dengan pengetahuan tepat bagi merealisasikan manfaat dunia digital. Selain itu PKS juga akan didedahkan dengan penggunaan peranti dan alat-alat digital bagi melancarkan solusi perniagaan mereka.

Program BCD ini juga merupakan kolaborasi dari 100GD, inisiatif dari MDEC sendiri. Ia adalah bertujuan sama iaitu membolehkan PKS mengguna pakai dan mengadaptasi penyelesaian digital dalam operasi perniagaan mereka.

Program BCD ini akan mengadakan siri-siri webinar percuma dan juga klinik secara dalam talian. Untuk mendaftar webinar pertama program ini yang diadakan 10 Jun 2020 tidak lama lagi, anda boleh melawat pautan ini.

Untuk maklumat dan butiran lanjut mengenai program ini, sila lawati pautan www.digi-x.my/bcd.