Kedudukannya di RekaScape Cyberview seluas 1,102 kaki persegi itu akan menyajikan perkhidmatan teknologi dan inovasi baru dengan DiGi sendiri dan rakan teknologi mereka, ZTE. Makmal ini akan memberi peluang kepada peserta terpilih untuk menguji kes uji kaji dan prototaip yang akan mendapat manfaat daripada kelajuan 5G dan jalur lebar yang besar. Ujian ini akan dijalankan dengan menggunakan 100MHz daripada 3.5GHz spektrum.
5G OpenLab akan mula dibuka kepada orang ramai bermula dari 1 Oktober 2019. Universiti Putra Malaysia (UPM) dan CREST (Penyelidikan bersama dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan teknologi) akan menjadi yang pertama dalam menjalankan ujian di makmal itu.
Pihak Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat dari UPM akan menguji dua kes penggunaan yang berkaitan dengan ruang pembelajaran realiti maya, dan avatar realiti yang diperkaya untuk bandar-bandar pintar.
Manakala, CREST akan menggunakan kes-kes penjagaan kesihatan digital yang berkaitan dengan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan, pembedahan jarak jauh, pemantauan jarak jauh bagi hospital pintar dan ambulans yang disambungkan dengan 5G.
Pihak DiGi percaya bahawa 5G OpenLab ini akan memberi inspirasi kepada ramai pereka dan pencipta dalam semangat kerjasama untuk belajar, berkongsi dan berusaha untuk membina penyelesaian buat generasi akan datang. 5G akan membawa perubahan baharu kepada kehidupan rakyat Malaysia dan cara terbaik untuk meneroka kemungkinan perubahan ini adalah dengan meletakkan 5G di tangan para pereka dan pemaju tempatan," menurut Albern Murty, Ketua Pegawai Eksekutif Digi.
Cyberjaya bersedia untuk menjadi salah satu bandar raya pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan teknologi 5G dan infrastruktur bandar pintar yang bakal menarik minat ramai lagi pengunjung untuk datang merasai pengalaman itu sendiri.
Berkaitan
- Penduduk Cyberjaya Boleh Menikmati Sambungan Internet Pada Kelajuan 1 Gb/s
- Dapatkan Vivo NEX 3 Serendah RM199 Sebulan Dengan Digi Phone Freedom 365
- Malaysia Bercadang Mahu Bangunkan ID Digital Kebangsaan, Namun Bukan Sebagai Pengganti MyKad
- Aplikasi Kik Melancarkan Platform Mata Wang Digital
- Digi Sediakan Lebih Dari 7000 Kawasan Hotspot Dengan Harga Promosi Serendah RM0.50
- Pra Tempah Siri Huawei Mate 30 Dengan Digi Dan Nikmati Hadiah Bernilai RM656
- Cyberjaya eSports League Tawar Hadiah Sehingga RM30,000 Kepada Pemain ML, PUBG Mobile, FIFA 19 & PES 19
- Perkhidmatan TV Digital Kembali Ke Udara Selepas Alami Gangguan Sejak 11 Oktober Lalu
- Keselamatan Data Menjadi Kebimbangan Utama Orang Awam Di Malaysia, Mewujudkan Halangan Kepada Pengguna Dalam Memupuk Perkhidmatan Berasaskan Identiti Digital - Indeks Keselamatan Unisys(Tm)
- Digital Wellbeing Perlahankan Prestasi Peranti - Pengguna Pixel