Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-07-04 at 20.41.56

Digi Dan Celcom Berjaya Mendirikan 3 Menara Telekomunikasi Di Paya Besar

Diterbitkan Julai 4, 2021 · Dikemas kini Julai 4, 2021 oleh ariff bukhari

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi Digi dan Celcom telah berjaya menyiapkan pembinaan 3 menara telekomunikasi di 3 lokasi iaitu di Panching Timur, Felda Bukit Sagu 2 dan sekitar persimpangan Gambang Interchange yang terletak di bawah Parlimen Paya Besar, Kuantan, Pahang.

Pembinaan 3 infrastruktur telekomunikasi itu dengan kawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membolehkan penduduk di beberapa buah kampung seperti Felda Panching Timur, Felda Bukit Sagu 1, 2 dan 3, Taman Rakyat Gambang, Masjid Gambang dan kawasan perindustrian Gambang serta persekitarannya menikmati jaringan telekomunikasi yang lebih baik.Digi Dan Celcom Berjaya Mendirikan 3 Menara Telekomunikasi Di Paya Besar

SKMM memaklumkan, usaha menambah baik jaringan telekomunikasi di kawasan itu akan diteruskan di mana sebanyak 19 buah menara baharu lagi akan dibina di dalam kawasan Parlimen Paya Besar.

Menara-menara itu akan mula dibina seawal bulan Ogos 2021 depan dan dijangka siap secara berperingkat antara bulan Mac hingga Jun 2022.

Tidak setakat itu, kerja-kerja menaik taraf perkhidmatan rangkaian 3G kepada 4G juga telah dirancang untuk dilaksanakan yang akan melibatkan sebanyak 65 stesen pemancar di seluruh kawasan Parlimen Paya Besar.

Kerja-kerja naik taraf dijangka bermula pada bulan Ogos 2021 dan siap secara berperingkat sehinga Mac 2022.

Malah pada masa yang sama, sebanyak 4,545 buah premis di Parlimen Paya Besar juga akan terlibat dalam kerja naik taraf teknologi lama berasaskan kabel tembaga kepada rangkaian gentian optik.

Inisiatif itu telah pun bermula semenjak suku pertama tahun 2021 dan dijangka siap secara berperingkat menjelang suku kedua tahun 2022 bergantung kepada ketersediaan infrastruktur sedia ada.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
©2026 WISER.MY