Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
digi tng

Digi Dan TNG Perkenal Pelan Untuk Bantu Peniaga

Diterbitkan Mac 11, 2021 · Dikemas kini Mac 11, 2021 oleh Amsyar Latif

Digi Business dan TNG Digital baru-baru ini telah bekersama dalam menawarkan kemudahan bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk mendigitalkan dan mengembangkan perniagaan PMKS dengan menyediakan kemudahan rangkaian penyelesaian digital yang serba lengkap, sambungan berterusan dan e-dompet.

Digi Business x TNGD 4

Bagi pelanggan Digi Business yang mahu mengembangkan perniagaan mereka dengan TNG eWallet, perniagaan mereka akan dipaparkan di saluran pemasaran TNG eWallet.

Digi Business x TNGD 1

Tambahan lagi, PIN tambah nilai TNG eWallet bernilai RM50 juga diberikan kepada peniaga yang berdaftar sebagai rakan niaga TNG dan menggunakan produk Digi Penjana.

Kit perniagaan permulaan turut diberikan secara percuma oleh TNG Digital untuk membantu dalam memulakan serta memajukan perniagaan PMKS.

Digi tng 1

Selain itu, peniaga TNG yang memilih pelan perniagaan semua dalam satu dari Digi Business akan menikmati potongan sehingga 30% daripada bil mereka serta boleh mendapatkan sehingga RM6000 daripada Geran Digitalisasi PKS Penjana.

digi tng 2

Pelanggan hanya perlu suai padan 3 hingga 5 talian daripada pelan Digi Business Pascabayar, Fiber atau WIFI.

Digi tng 3

Di sini, pelanggan bakal menikmati penjimatan dan mendapatkan sama ada pakej Digital Marketing atau Digital Productivity secara percuma bagi melayakkan mereka menerima geran Penjana.

Sumber: Siaran Akhbar Digi dan TNG

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY