Semua pelanggan pascabayar berusia 60 tahun ke atas yang berdaftar dengan Digi boleh menikmati rebat RM10 ke atas pelan terbaik serendah RM28 sebulan bagi mendapatkan 6GB data.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen Digi Yellow Heart untuk memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia dengan sambungan internet yang lebih mampu dimiliki.
"Tawaran buat warga emas ini adalah salah satu cara kami untuk membawa perkhidmatan yang bermakna kepada para pelanggan, di mana komuniti sasaran boleh menjadi sebahagian daripada perjalanan digital dengan semudah satu klik sahaja", kata Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Digi, Joachim Rajaram.
Pelanggan Digi yang layak akan menerima satu notifikasi daripada aplikasi MyDigi mereka untuk mengaktifkan tawaran ini. Ia juga boleh ditebus dalam ciri Box of Surprise di dalam aplikasi tersebut. Rebat ini akan mula terpapar secara automatik di dalam bil bulanan.
Sebelum ini, Digi telah memperkenalkan program rebat sepanjang hayat buat orang kurang upaya (OKU). Pelanggan OKU juga boleh mendapatkan rebat ini di mana-mana Digi Store dengan kad pengenalan (NRIC) dan kad OKU.
Di samping itu, Digi juga telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan pengalaman pelanggan diutamakan dengan penyediaan keadaan dan ruang yang selesa di kedai-kedai Digi untuk warga tua, OKU dan wanita hamil.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, boleh layari portal rasmi Digi Yellow Heart.
Berkaitan
- Huawei P20 Pro Bakal Jadi Yang Pertama Menerima Kemaskini EMUI 9
- Telegram Tambah Beberapa Fungsi Menarik Pada Kemaskini Terbaharu
- Telinga Panas Ketika Menggunakan Fon Kepala Semasa Bermain Permainan Video? Fon Kepala HP Omen MindFrame Ini Untuk Anda
- LG V30 Bakal Memfokuskan Kepada Rakaman Video dan Audio
- Nokia Pula Mahu Perkenalkan Peranti Menfokuskan Permainan Mudah Alih
- (Kemaskini) Pertandingan Mobile Fotografi Dari OPPO – Peluang Untuk Menang Hadiah Bernilai RM3999
- Kemaskini PUBG Mobile 0.9.0 Bakal Tersedia 25 Oktober Ini, Bawa Beberapa Pembaharuan Menarik
- Sony PS4 Pro Diberi Kemaskini Pemain Media Dengan Sokongan Video 4K
- Digi Tawar Pra-Tempahan Apple Watch Series 5 Bermula 25 Oktober Ini
- Digi Dan MDEC Bekerjasama Buka OpenLab 5G Pertama Di Malaysia