Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2019-12-10 at 12.27.47 PM

Digi Beri Bantuan Kepada 1,000 Keluarga Mangsa Banjir

Diterbitkan Disember 10, 2019 ยท Dikemas kini Disember 16, 2019 oleh Syifa' Syakinah

Musim tengkujuh dan hujan diramalkan berterusan sehingga awal tahun hadapan untuk kebanyakan negeri di seluruh Malaysia. Sebagai langkah untuk meringkan beban yang ditanggung, Digi tampil memberi bantuan kepada 1000 keluarga yang terkesan dengan bencana ini.

WhatsApp Image 2019-12-10 at 12.27.48 PM

Selain memberikan keperluan kelengkapan peribadi, Digi juga turut menyumbangkan beg kalis air, Kit Kesediaan Banjir yang mengandungi maklumat banjir dan arahan untuk 8 sehingga 10 minggu akan datang serta bank kuasa yang boleh mengaktifkan telefon pintar mangsa banjir.

Untuk memastikan semua mangsa banjir dapat terus berhubung dengan berita terkini dan kepada orang yang tersayang, Digi telah mengaturkan rancangan perantauan domestik dengan telco lain

WhatsApp Image 2019-12-10 at 12.27.48 PM(1)

”Kami faham bahawa apabila berlakunya banjir, perkara yang paling penting adalah memastikan orang yang kita sayangi selamat dan kita dapat kesan di mana mereka berada sambil tetap mengikuti perkembangan semasa. Sebagai sebahagian daripada insiatif Yellow Heart, kami komited untuk memberi kuasa komuniti dan memastikan bahawa mereka diberi bantuan yang mereka perlukan untuk mengatasi banjir dan tetap selamat sepanjang musim ini”, kata Philip Ling Ketua Kelestarian Digi.

Beliau juga menekankan bahawa pencegahan dan penyediaan adalah perlu bagi mereka yang tinggal di kawasan banjir.

Digi juga mempunyai pasukan yang bersedia untuk memberikan bantuan banjir, termasuk bantuan pemulihan untuk membantu dalam pembersihan selepas banjir surut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY