Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Digi sets up free Wi-Fi for B40 students wide

Digi Beri Akses Internet Percuma Untuk Pelajar B40 Di PPR Lima Negeri

Diterbitkan Februari 16, 2021 oleh Amsyar Latif

Berikutan penutupan sekolah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang secara tidak langsung kaedah PdPR digunakan untuk sektor pendidikan.

Digi hari ini mengumumkan dengan menyediakan akses internet atau WiFi percuma untuk pelajar B40 di 12 Program Perumahan Rakyat (PPR) di lima negeri iaitu Perlis, Perak, Terengganu, Melaka dan Johor.

Ini adalah satu usaha bagi membantu golongan ini untuk menerima capaian internet yang bertujuan untuk PdPR sehingga akhir April.

Selain itu, 11 Pusat Internet Komuniti (PIK) yang dikendalikan Digi di Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Johor turut dialnjutkan waktu operasinya dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Digi sets up free Wi-Fi for B40 students

Pusat-pusat tersebut juga memberikan akses kepada pelajar terhadap sumber pembelajaran tambahan seperti Jom Tuisyen iaitu sebuah platform e-pembelajaran di Malaysia.

Tambahan lagi, dalam menyokong inisiatif ini, Digi turut mengusahakan pemberian data 30GB sebulan (1GB setiap hari) secara percuma untuk semua pelanggannya.

Dalam pada itu, Digi sebelum ini telah menawarkan Pakej Data Khas untuk pelajar SPM, STPM dan IPT dengan 15GB pas data prabayar serendah RM20 sebulan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY