Digi Amalkan Langkah Pencegahan Covid-19 Untuk Melindungi Pekerja Dan Pelanggan

Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) telah mengaktifkan Business Continuity Plan (BCP) untuk mengurangkan kesan Covid-19 terhadap operasi perniagaannya serta mengurangkan gangguan terhadap pelanggan.

Pelan ini merangkumi tindakan di kedai-kedai Digi di seluruh negara dan untuk semua pekerja di pejabat. Insiatif ini telah ditingkatkan secara beransur-ansur dalam tempoh enam minggu yang lalu memandangkan kesan virus tersebut telah merebak.

digi

Digi Stores akan terus beroperasi seperti biasa untuk kemudahan para pelanggan. Langkah-langkah pencegahan untuk melindungi pekerja dan pelanggan di semua Digi Stores telah dilaksanakan pada akhir Februari lepas. Digi telah meningkatkan langkah-langkah ini termasuk :

  • Bersihkan kedai dengan menyeluruh sepanjang hari dan juga selepas kedai tutup.

  • Sediakan ceair pembersih tangan kepada pekerja dan pelanggan di Digi Stores.

  • Pastikan pekerja memakai topeng muka pada sepanjang hari dan amalkan penjagaan kebersihan sepanjang masa.

  • Digi juga bekerja rapat bersama rakan kongsinya yang mengendalikan Digi Store Express dalam mematuhi piawaian keselamatan yang sama untuk melindungi pekerja dan pelanggan mereka.


digi

Antara alternatif kepada pelanggan daripada bersemuka untuk perkhidmatan transaksi, pelanggan juga boleh menggunakan perkhidmatan layan diri. Antaranya adalah aplikasi mudah alih atau laman rasmi MyDigi, Digi Online Store, Kiosks, Live Chat dan Talian Pelanggan.

Para pekerja Digi juga diberikan garis panduan mengenai langkah keselamatan dan kebersihan sebagai langkah berjaga-jaga berikutan wabak ini.

  • Pekerja dinasihatkan untuk bekerja di rumah jika berlaku sebarang kemungkinan dan menangguhkan acara-acara besar atau mesyuarat.

  • Pekerja juga dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang perjalanan ke luar negara.

  • Pekerja diminta untuk sentiasa mengamalkan kebersihan dan lakukan pembersihan di pejabat. Mereka juga akan lakukan kawalan ketat dengan pemeriksaan suhu bagi pekerja dan tetamu yang masuk ke pejabat.


Digi juga mengesahkan bahawa tiada pekerja mereka yang hadapi jangkitan Covid-19 setakat ini.

Berkaitan