Digi 4G LTE Kini Meliputi 92% Di Negeri-Negeri Utara

Bagi mencapai aspirasi yang ditetapkan dalam pelan Jaringan Digital Nasional (JENDELA), Digi berusaha dalam meningkatkan liputan rangkaiannya untuk bersama kerajaan bagi mencapai matlamat ini.

Digi telah mengukuhkan liputan rangkaian 4G LTE mereka meliputi 92% di negeri-negeri utara termasuk Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Menurut Kesavan Sivabalan, Ketua Pegawai Teknologi Digi berkata mereka telah menyiapkan sekitar 85% daripada sasaran pembangunan dan menaik taraf bagi negeri utara menjelang akhir tahun.



Penambahbaikan terbaharu ini juga termasuk perlengkapan semula secara intensif spektrum 2100MHz untuk meningkatkan prestasi rangkaian 4G Digi.

Selain itu, teknologi canggih LTE yang digunakan bersama peralatan 4-transmit-4-receiver (4T4R) multiple input, multiple output (MIMO) telah membantu meningkatkan kualiti penggunaan untuk liputan dalaman dan pinggiran kawasan liputan.

Tambahan lagi, menara yang dibangunkan ini turut dilengkapi unit jalur asas 5G dan platform 5G yang membolehkan perkhidmatan 5G diaktifkan dengan proses naik taraf yang mudah pada masa akan datang.