Diesel Kini Memasuki Pasaran Jam Tangan Pintar, Perkenal 5 Buah Model

Diesel, satu nama yang tidak asing lagi dalam pasaran jam tangan dan kini, mereka tidak mahu ketinggalan dalam zaman serba moden, jam tangan pintar Android pula diperkenalkan.

Minggu sudah, syarikat pengeluar jam tangan itu telah melancarkan bukan satu, tetapi 5 model jam tangan pintar pada acara IFA yang berlangsung di Berlin.



Ia pertama kali diumumkan pada bulan Mac yang lalu dan akan dipasarkan dibawah jenama Diesel On Full Guard.

Merupakan jam tangan pintar Android Wear pertama syarikat itu, ia akan hadir dengan skrin sesentuh berukuran 48mm dan dikuasakan dengan pemproses Snapdragon Wear 2100 disamping Android Wear 2.0.

Antara keupayaan jam tangan pintar tersebut adalah dilengkapi dengan Google Assistant, sokongan Bluetooth, notifikasi, dan antaramuka yang boleh diubah-ubah.

Diesel turut membangunkan aplikasi mereka sendiri yang dikenali sebagai T-ON-I, singkatan kepada, Time, Organizing, Notification, Intelligence. Menurut syarikat, aplikasi tersebut akan membantu pengguna dengan menyediakan notifikasi mengikut "gaya Diesel".

Diesel On Full Guard akan dipasarkan dengan harga $325 (~RM1386.61).

Sumber: Tech Radar