Desas Desus Cip Premium Kelas Pertengahan Snapdragon 670

Tahun lepas Qualcomm telah memperkenalkan cip pemprosesan Snapdragon 660 untuk peranti kelas pertengahan atasan. 'Atasan' kerana prestasi cip SD 660 ini tidak jauh bezanya dengan cip pemprosesan SD 820 untuk peranti kelas flagship. Mungkin dalam artikel seterusnya saya akan sentuh tentang jurang perbezaan SD 660 dan SD 820 yang tidak jauh bezanya.

Berikut merupakan antara beberapa peranti yang menggunapakai cip SD 660 untuk pasaran tempatan;

  1. Xiaomi Mi Note 3

  2. Sharp Aquos S2

  3. Oppo R11

  4. Oppo R11 Plus


Tahun ini sudah kedengaran ura-ura tentang cip pemprosesan kelas pertengahan Snapdragon 670 yang pada kami sangat mengiurkan.

Melalui artikel yang dipetik dari forum XDA, cip ini berkemungkinan besar akan dibina dengan proses 10nm. Tidak seperti Snapdragon 660 yang memiliki 4 teras prestasi tinggi dan 4 teras untuk prestasi rendah, Snapdragon 670 akan dibina dengan 2 teras prestasi tinggi dan 6 teras prestasi rendah untuk tugasan ringan yang berjalan secara latar belakang.

2 teras prestasi tinggi diadaptasikan dari rekaan ARM Cortex-A55, “Kryo 300 Silver” pada 1.7GHZ (1708MHz). Manakala 6 teras preastasi rendah dibina dengan rekaan ubahsuai ARM Cortex-A75, “Kryo 300 Gold” iaitu pada kadar kelajuan 2.6GHz (2611MHz).

Yang menariknya cip pemprosesan Adreno 615 ini juga bakal dimuatkan dengan pemprosesan grafik Adreno 615. Wow, cip kelas pertengahan dengan GPU siri 6xx pada kadar 430MHz- 650MHz, dasyat!

Sebagai perbandingan, Snapdragon 845 mempunyai kadar kelajuan pada 2.8GHz dan Snapdragon 835 pada 2.45GHz. Amacam? Power tak power peranti kelas pertengahan sekarang ni.