Denuvo - Teknologi Yang Tidak Digemari Oleh Penggemar Permainan Video

Bermain permainan video memang menyeronokkan namun adakalanya ia memerlukan belanja yang agak besar. Bukan sahaja dalam mendapatkan peranti atau peralatan bermain, malah permainan video itu sendiri agak mahal pada hari ini.

Sebuah permainan video AAA yang baru dilancarkan biasanya akan dijual pada harga lebih RM200.

Kapsyen: Gameranx


Perkara ini menjadi salah satu punca mengapa ramai dikalangan pemain lebih memilih untuk menunggu versi cetak rompak bagi memainkan permainan yang diidam-idamkan.

Gejala ini mungkin dianggap remeh oleh para pemain, namun tidak bagi pengeluar permainan. Mereka boleh kerugian sehingga jutaan ringgit akibat cetak rompak ini.

Bagaimanapun, Denuvo bersedia untuk membantu mereka membendung kejadian berkenaan daripada terus berlaku.

Apa sebenarnya Denuvo ini? Ia adalah sebuah teknologi pengurusan hak digital atau digital rights management (DRM) yang akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pembangun.

Pembangun boleh memilih untuk menggunakan Denuvo pada permainan yang dihasilkan oleh mereka. Dengan itu, ia akan menyukarkan "penggodam" untuk rekah atau "crack" permainan yang dihasilkan sebelum dipasarkan secara percuma di atas talian.

Walaupun ia tidaklah menjadikan permainan itu tidak dapat di-crack langsung, namun Denuvo menjanjikan tempoh godaman fail rekah yang terpanjang masa kini.

https://youtu.be/n_DD-txK9_Q

Akan tetapi, menurut satu ujian yang dibuat oleh Overlord Gaming, permainan yang menggunakn Denuvo ini mengambil masa lebih lama untuk selesai dibuka selain mengurangkan prestasi permainan.

Oleh itu, beberapa pembangun yang menggunakan Denuvo ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menggunakannya pada permainan video mereka.

Denuvo mungkin telah membantu dalam menghalang gejala mencetak rompak permainan video, namun mereka perlu mencari penyelesaian bagi masalah penurunan prestasi permainan jika mahu terus diterima oleh pembangun.

Jika tidak, pemain akan terus menunggu untuk mendapatkan permainan video cetak rompak yang jelas memberi banyak kesan buruk kepada para pembangun.

 

Sumber: How-to Geek   Extreme Tech

Berkaitan