Dengan RAM 1.5TB, Berapa Banyak Tab Google Chrome Boleh Dibuka?

Pengguna  Google Chrome pastinya sudah maklum pelayar web berkenaan rakus dalam meratah memori RAM peranti. Segelintir daripada kita mungkin sudah mengeluh bila melihat penggunaan RAM yang tinggi ketika hanya membuka 5 tab pada Chrome.

Bayangkan pula jika anda membuka lebih tab pada satu-satu masa. Berapa besar kapasiti RAM dan berapa banyak tab yang boleh dibuka?

Menuruti ciapan daripada Jonathan Morrison, beliau mendapati penggunaan RAM tinggi pada Mac Pro. Ekoran daripada itu, Morrison mengambil keputusan untuk melihat sebanyak mana tab Chrome boleh dibuka menggunakan RAM 1.5TB.

Untuk tujuan itu, memori RAM 1.5TB tersebut dilengkapkan pada Mac Pro beliau dan hasilnya, lebih dari 6000 tab berjaya dibuka.