Android Bakal Ada Ciri Mainkan Permainan Walaupun Ia Belum Habis Di Muat Turun

Permainan dalam sistem Android sangat popular dan Google melakukan banyak perkara untuk menjadikannya lebih mesra pengguna. Berdasarkan laporan, sistem fail baru Google akan membolehkan anda untuk bermain permainan Android sebelum selesai dimuat turun.

Secara umumnya, dengan peningkatan prestasi kad grafik, peranti boleh menguruskan permainan dengan baik. Anda juga boleh bermain lebih banyak permainan pada peranti Android.

Walau bagaimanapun, permainan dengan saiz yang besar akan mengambil masa yang lama untuk dimuat turun. Ia juga akan menjadi sangat menjengkelkan untuk memuat turun permainan yang besar dan setelah selesai muat turun, kemudiannya baru sedar yang anda tidak menyukai permainan tersebut.

Melalui fungsi baru ini, anda boleh mencuba permainan tersebut terlebih dahulu jika anda tidak mempunyai masa yang cukup. Google membangunkan fail sistem baru yang dipanggil Incremental File System, yang akan membolehkan permainan dimulakan tanpa perlu menunggu muat turun tersebut selesai.



Pada masa ini, ia kelihatan tidak mungkin akan dilancarkan pada Android 11. Storan tambahan masih dalam pembangunan dan fungsi utama Android 11 semakin hampir dengan tahap akhir sebelum pelancaran akhir tahun ini. Dengan itu, Incremental File System mungkin dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2021 pada Android 12.

Sumber: Android Central