Demo PES 2019 Kini Tersedia Untuk PS4, XBOX One dan PC

Berita baik bagi penggemar permainan video bola sepak yang dibangunkan oleh Konami iaitu Pro Evolution Soccer(PES) apabila demo bagi permainan tersebut kini tersedia untuk dimuat turun.

Edisi demo ini akan memberi peluang kepada pemain untuk mencuba fungsi-fungsi yang ada dalam versi penuh permainan seperti Quick Match, Exhibition Match dan Co-op serta merasai pengalaman bermain di dua stadium iaitu Camp Nou(FC Barcelona) dan Veltins(Shalke 04).

https://youtu.be/SSfko2Ps9oY

Namun, pemain hanya dapat menggunakan 12 pasukan sahaja semasa mencuba demo ini. Pasukan-pasukan berikut ialah :

  • Liverpool FC

  • FC Barcelona

  • Schalke 04

  • Internazionale

  • Inter Milan

  • Monaco

  • Sao Paulo

  • Flamengo

  • Palmeiras

  • Colo-Colo

  • Argentina

  • France


Pemilik tiga peranti terpilih yang dinyatakan tadi boleh memuat turun edisi demo permainan ini dengan melayari laman sesawang di bawah :

Versi penuh permainan PES 2019 akan dilancarkan pada 30 Ogos ini dan hanya akan dikeluarkan bagi konsol generasi terkini iaitu PS4, Xbox One dan PC sahaja.

 

Sumber

Berkaitan