Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Demo Permainan Secara Langsung PS5 Diperlihatkan

Demo Permainan Secara Langsung PS5 Diperlihatkan

Diterbitkan Oktober 5, 2020 · Dikemas kini Oktober 5, 2020 oleh Amsyar Latif

Pada bulan lalu, Sony telah pun mengumumkan harga jualan bagi konsol tersebut yang bakal tiba di Malaysia pada November ini.

Demo Permainan Secara Langsung PS5 Diperlihatkan

Baru-baru ini, Sony telah menjemput beberapa penerbit Jepun dan Youtubers untuk melihat dengan lebih dekat konsol tersebut. Ini merupakan kali pertama PS5 diperlihatkan secara langsung sejak gambar konsol itu didedahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Nasional Taiwan.

PS5 hands-on
Konsol PS5. Sumber:4Gamer

Ini menunjukkan bahawa PS5 merupakan satu konsol yang besar. Ia juga kelihatan agak senyap apabila dimainkan dan anda tidak perlu risau akan bunyi bising oleh kipas konsol tersebut seperti yang berlaku pada PS4.

dualshockcontroller PS5
Dualsense LED. Sumber:4Gamer

Maklum balas haptik dan adaptive triggers oleh controller DualSense menambah “sensasi sentuhan dan berat badan,” kata 4gamer dan butangnya juga tidak begitu bising seperti pada DualShock 4 PS4.

Selain itu, beberapa permainan dimainkan seperti Astro’s Playroom, Godfall dan Balan Wonderland. Ia juga mempamerkan kemampuan prestasi SSD bagi sesebuah permainan yang dijalankan pada PS5.

Kelihatan kesemua permainan yang dimainkan agak lancar, seperti yang diharapkan bagi sebuah konsol generasi terbaru.

Sementara itu, antara muka bagi PS5 masih belum diketahui dan dijangkakan ia diperlihatkan pada awal November ketika ia dilancarkan secara rasmi nanti.

Sony's small PS5 UI teaser there pic.twitter.com/D7m6SrVfCk

— Tom Warren (@tomwarren) June 11, 2020

Sumber: The Verge, 4Gamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY